Baru nak update blog. Jumaat lepas terpaksa ambik half day leave sebab pengasuh request nak cuti, balik kampung ada kenduri. Cuti dah guna 1.5days daripada 14 hari. Redha saja lah. Tak ada orang nak jaga anak, nak tak nak, terpaksa la cuti.
Aku baru dapat tau 1 of my best friend sekarang ada dekat sana, mengajar kat Sabah. Alhamdulillah, Allah permudahkan dia dapat jugak jadi cikgu. Banyak halangan, rintangan dia kena tempuh sebelum dapat jadi cikgu.
Tak salah aku, masa dapat offer maksud maktab, dia tengah pregnant. So dia terpakso tolak offer tu. Jadilah dia cikgu sandaran. Kemudian dapat offer sambung bahagian cikgu2 jugak la kat UUM, setahun jugak tu.
Aku sebenarnya nak jugak kerja dalam government sector, masa depan terjamin sikit. Sebab aku keja private sector, tengok la. Contract basis, based on project. Lepas ni project dah abih, menggagau la aku cari kerja baru.
Tapi Allah dah rencanakan yang terbaik untuk aku. Walaupun aku kerja swasta, gaji tak sampai 3k, tapi syukur, anak2 membesar depan mata. Nampak setiap perkembangan anak, kalau anak sakit, aku boleh jaga. Kadang2 tu la, rasa ralat suka membandingkan diri sendiri dengan orang lain, padahal semua yang jadi tu ada hikmah.
Biaqla aku keja private sector, janji aku boleh besarkan anak2 aku. Tak dapat nak bayangkan suami sorang2 jaga anak, tak pun, hantar anak2 balik kampung suruh mak jaga?? Dah la ayah aku sakit, takkan nak susahkan lagi family kat kampung.
So kesimpulannya, aku bersyukur dengan apa yang ada. Anak2 depan mata, bulan2 gaji dapat hulur sikit duit dekat mak, bayar hutang Sana sini, saving dan bayar insurans. Syukur alhamdulillah. Amin.